9 Ogos 2016 - 10:32
Ahmadinejad utus surat kepada Obama tuntutan aset 2 bilion

Ahmadinejad tuntut Obama kembalikan aset bernilai 2 bilion dalam satu surat terbuka

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mantan presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menuntut Obama memulangkan aset bernilai 2 bilion yang telah dibekukan oleh Amerika, dalam satu surat terbuka, Isnin lalu.

Ahmadinejad menulis, janji awal presiden Amerika ialah memperbaiki hubungan dengan Iran. "Dasar perseteruan yang sama mengiringi sikap kebencian."

Beliau secara khusus mengatakan 2 bilion rizab matawang asing Iran telah dirampas dari akauan bank New York awal tahun ini.

Pada bulan April lalu, Mahkamah Agung Amerika mengesahkan ketetapan bahawa aset tersebut tidak boleh digunakan untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa pengeboman marin Amerika pada tahun 1983 di Lubnan dan beberapa insiden lain yang ditunding kepada Iran.

Iran sebelum ini telah merayu keputusan itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

"Saya benar-benar menasihati anda agar tidak membiarkan fitnah bersejarah dan kejadian pahit direkodkan di bawah nama anda," kata Ahmadinejad.